Monday, 4 February 2013

Herbalife Untuk Menurunkan Berat Badan

Saya sentiasa doakan pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat keredhaannya.

Ini merupakan posting pertama saya dalam sebuah blog yang diwujudkan khusus untuk berkongsi pengalaman saya dan keluarga menurunkan berat badan dengan herbalife. Ia bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat dan fakta jelas kepada rakan-rakan yang mencari maklumat untuk memulakan ikhtiar mengamalkan permakanan yang sihat. Logiknya, pemakanan yang sihat akan menghasilkan tubuh badan yang sihat.
Berat asal saya ialah 111kg dan sedang mengalami penurunan berat badan yang sihat. 
Untuk makluman semua, saya mula menggunakan cara minum herbalife untuk menurunkan berat badan saya. Berat terakhir sebelum saya menggunakan Herbalife ialah sebanyak 111kg. Saya mula secara serius pada 01 Oktober 2012.

Pada asalnya, saya seorang yang kurus sejak zaman sekolah lagi. Saya mula perasan perubahan berat badan saya meningkat apabila saya mula melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIAM, di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1999. Mungkin disebabkan gaya hidup dan gaya pemakanan yang tidak terkawal, akhirnya saya mendapat status seorang yang obestiti/lebih berat badan sehinggalah saya menamatkan pengajian pada tahun 2005.

(Keadaan badan saya ketika mula-mula masuk Pusat Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya Selangor)

Pada tahun 2006, saya diperkenalkan buat pertama kalinya oleh seorang kenalan dalam satu majlis di Kuantan. Beliau kelihatan begitu kurus berbanding keadaan beliau sebelumnya. Begitu bersemangat dia bercerita tentang kejayaannya menurunkan berat badan dengan izin Allah menggunakan produk herbalife. Namun saya hanya mendengar ditambah dengan perasaan curiga berkenaan produk-produk menguruskan berat badan yang berbagai jenis dalam pasaran.

Pada tahun 2010, saya mendengar pula perkongsian seorang senior dalam NGO Belia yang saya sertai. Beliau begitu prihatin dengan keadaan berat badan saya yang berlebihan dan mencadangkan agar saya menukar corak pemakanan harian. Antara nasihat beliau ialah supaya saya mempertimbangkan untuk menggunakan produk Herbalife dengan cara minum 3 jenis 'air' di sebuah Kelab Nutrisi dalam Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur. Bayangkanlah, saya di Kuantan, kedai minum air tersebut di Kuala Lumpur !....akhirnya, saya masih kekal dengan koleksi lemak dalam badan saya dan kekal dengan status dengan seorang manusia yang obesiti.

Akhirnya, tahun 2012 membuka ruang kepada saya untuk menggunakan produk Herbalife secara serius. Ia bukan sekadar mencuba, tetapi SERIUS. Bagaimana ia berlaku ?......Hati saya terbuka apabila saya hadir ke Seminar Bahagia Membahagiakan 'Celik Minda, Reset Hati ' bersama Y.Bhg Professor Dr. Muhaya Mohamad di Auditorium, Kolej Universiti Shahputra, Kuantan pada 29 Oktober 2012. Satu topik yang menarik hati saya ialah apabila Prof berkongsi tentang kepentingan kesihatan badan dan ibadat seharian. Makanan seharian kita mempengaruhi kesihatan badan kita dan tiba-tiba Prof. Muhaya tanya peserta seminar 'Pagi tadi anda semua sarapan dengan apa......mungkin tuan puan boleh cuba ikut cara saya bersarapan.....semua dah tahu kan apa yang saya makan waktu sarapan ? '


(Kelihatan saya sedang mengambil nota, Prof. Dr. Muhaya sedang bercakap atas pentas sewaktu Seminar yang berlangsung di Kolej Universiti Shahputra, Kuantan)

Pertanyaan itu meninggalkan persoalan kepada saya kerana saya sebenarnya tak tahu apa yang Prof. Muhaya amalkan waktu bersarapan sedangkan beliau adalah antara idola dan inspirasi saya. Akhirnya saya pun bertanya kakitangan As-Sohwah (penganjur seminar) dan ahli keluarga Prof selepas Seminar tersebut dan jawapannya ialah : "Prof amalkan minuman Herbalife'.

Itulah permulaan saya secara serius dalam Herbalife sebab saya percaya dan ambil short-cut bahawa idola saya Professor Muhaya telah buat kajian secara serius berkenaan produk ini sebelum beliau sendiri membenarkan produk ini masuk ke dalam tubuh badannya dan memberikan kesan positif.

Sahabat-sahabat pembaca blog sekalian,

Saya sendiri dan keluarga mendapat kesan positif daripada produk Herbalife. Dengan Izin Allah, produk Herbalife menunjukkan kesan luar biasa dan hebat kepada jutaan manusia di dunia. Jika anda berhasrat untuk memulakan ikhtiar menggunakan Herbalife, bolehlah berhubung dengan saya :

019-3935010 (Azrul) atau 019-4724525 (Anis)  E-mail : coachazrulkhairi@gmail.com

Saya sedia berkongsi cara dan pengalaman menggunakan Herbalife dengan cara yang betul dan InsyaAllah mendapat keputusan yang positif.

No comments:

Post a Comment